7 PRODUK SET MENYUSU SHAKLEE UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum, harini saya nak ceritakan serba sedikit tentang 7 produk set menyusu Shaklee untuk banyakkan susu badan. Sejujurnya memang ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah ini mendapat kesan yang positif setelah mencuba set menyusu Shaklee. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kurang susu badan, tak salah untuk mencari dan mencuba supplemen asalkan anda faham apa fungsi dan jika ia boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

Apakah produk atau item yang terdapat di dalam set menyusu Shaklee? Bagaimana ia boleh membantu ibu-ibu di luar sana dan sekaligus membuktikan bahawa perjalanan untuk menyusukan anak secara ekslusif selama  dua tahun tidaklah mustahil malah boleh membantu menguatkan lagi hubungan antara ibu dan anak.

Kepentingan Set Menyusu Shaklee : Kuantiti VS Kualiti

Apakah kepentingan dan kebaikan yang diperoleh jika ibu-ibu mengambil set menyusu Shaklee secara konsisten? Sebelum itu, mari kita cuba fahami apakah perbezaan antara kuantiti (susu banyak) dan kualiti susu yang dihasilkan. Topik ini ada dikupas di salah satu laman web yang terkenal, SIRAPLIMAU.COM, klik pautan untuk maklumat lanjut.

Secara umumnya ramai yang mempunyai pemahaman dimana jika susu banyak, maka ia mencukupi untuk bayi. Sebenarnya apa  yang penting dan perlu dititik beratkan adalah kualiti susu yang dihasilkan. Adakah zat dan nutrien yang dibekalkan kepada bayi mencukupi, bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga dari segi kualiti susu tersebut.

Sewaktu proses mengepam, ibu-ibu boleh memerhatikan perbezaan warna dan kepekatan susu yang dihasilkan. Jika ia bersifat cair dan mempunyai warna yang kurang pekat, ini dipanggil susu”Foremilk”,  susu “bahagian hadapan” dimana bersifat lebih cair dan lebih kepada untuk membekalkan cecair kepada bayi.

Manakala, susu yang lebih pekat atau “hindmilk” adalah susu yang dihasilkan kemudian dan lazimnya susu ini mengandungi zat-zat dan nutrien yang pentinig untuk tumbesaran bayi kita.

Perlu diingatkan jika sepanjang sesi mengepam susu, jika susu yang terhasil hanyalah susu foremilk, maka boleh dikatakan bayi akan lebih kerap menyusu dan akan cepat merasa lapar atau lambat kenyang. Disinilah perbezaan antara kualiti dan kuantiti susu tersebut. Dan disinilah juga bantuan daripada supplemen mungkin diperlukan.

7 Produk Shaklee Untuk Banyakkan Susu Badan

1. Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai 1001 khasiat sehinggan digelar King of All Foods. Proses penghasilan Alfalfa Complex Shaklee amat teliti dan dipantau rapi untuk menjaga kualiti dari peringkat tumbuhan sehinggalah terhasilnya tablet Alfalfa Complex.

Sebenarnya tumbuhan Alfalfa memang termasuk dalam tumbuhan yang boleh bertindak sebagai milkbooster. Alfalfa Complex Shaklee bersifat fiber, oleh itu kuantiti air yang diambil perlulah mencukupi, dan sekaligus boleh membantu melancarkan sistem penghadaman.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah serbuk protein soya yang boleh membantu membanyakkan susu secara semulajadi. Selain daripada bersifat sebagai milkbooster, ESP juga boleh membantu ibu-ibu untuk mendapatkan tenaga segera yang kekal lama. Ini kerana badan akan terlebih dahulu memproses karbohidrat sebagai sumber tenaga, oleh itu ESP akan membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama disamping dapat membantu membaiki kulit dari dalam.  ESP juga boleh membantu ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin.

3. Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee adalah pil kalsium yang dilengkapi dengan Magnesium untuk membantu proses penghadaman dan pembuangan najis. Umum mengetahui bahawa wanita adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Osteoporosis terutamanya bagi wanita yang sudah melahirkan anak. Peningkatan usia juga antara faktor Kalsium tidak dapat diserap dengan lebih efisien. Lazimnya, Kalsium yang didapat melalui diet dan pemakanan adalah tidak mencukupi, apatah lagi jika anda adalah ibu yang menyusukan anak. Ini kerana golongan ibu-ibu memerlukan lebih Kalsium berbanding wanita biasa.  Selain dapat membekalkan Kalsium yang mencukupi untuk ibu-ibu, bayi juga akan turut mendapat khasiat yang sama untuk pembentukan tulang, gigi dan sebagainya.

4. Sustained Release Vitamin C Shaklee

Fungsi utama Vitamin C adalah untuk membantu meningkatkan imun badan. Bayi terutamanya yang berusia dua tahun ke bawah mempunyai sistem imun yang masih rendah, oleh itu, jika ibu yang menyusukan anak mengambil Vitamin C yang mencukupi setiap hari, bayi juga akan turut sama membangunkan sistem imun yang kuat untuk melawan penyakit. Selain itu, pengambilan Vitamin C yang mencukupi juga boleh membantu membaiki kulit yang rosak.

5. Vitalea Shaklee

Tablet Multivitamin dan Multimineral ini boleh membantu melengkapkan lompong nutrisi yang dialami oleh ibu-ibu. Gaya hidup yang aktif dan juga pengambilan makanan yang tidak seimbang dikatakan boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Oleh itu, pengambilan nutrien yang mencukupi melalui makanan tambahan mungkin boleh membantu ibu-ibu diluar sana.

6. B-Complex Shaklee

Vitamin B tidak boleh dihasilkan oleh badan, jadi amatlah penting untuk ibu-ibu, malah orang biasa untuk mengamalkan Vitamin B setiap hari. Ini kerana banyak organ dan sistem yang dijalankan oleh badan memerlukan bantuan daripada Vitamin B untuk bekerja dengan lebih efisien. Pengambilan B Complex yang mencukupi dan juga mengandngi Asid Folik juga penting terutamanya kepada wanita hamil, untuk mencegah sebarang kecacatan pada janin yang berkait rapat dengan sistem saraf.

7. Omega Guard

Omega Guard atau minyak ikan Shaklee membekalkan Omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi. Oleh itu, jika ibu yang menyusukan bayi mengambil Omega 3 yang mencukupi, bayi yang disusui juga akan mendapat manfaat yang sama sedikit sebanyak. Omega Guard juga membantu mengawal paras kolesterol didalam darah untuk kesihatan jantung. Ia juga baik untuk mengawal selera makan dan membantu meningkatkan metabolisma.

Testimoni Set Menyusu Shaklee

Jika anda ingin mendapatkan Set Menyusu Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat yang berterusan.

017-9050763

Nina Shaklee

Pengedar Shaklee Salak Tinggi, Sepang dan Nilai

 

 

 

 

6 Replies to “7 PRODUK SET MENYUSU SHAKLEE UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *