Tips Ibu Bekerja Menyusu Agar Tidak Stress Dan Gembira

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit berkenaan topik ibu bekerja menyusu. Bagaimana dan apakah tips untuk ibu bekerja menyusu supaya tidak stress dan dapat meneruskan penyusuan bayi secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.

sumber: Google

Perjalanan menyusukan bayi secara ekslusif bagi ibu-ibu adalah tidak mudah. Apatah lagi jika anda adalah ibu yang berkerjaya. Pastinya ia menuntut lebih pengorbanan dan ada masanya boleh menyebabkan tekanan jika stok susu merudum dan tidak dapat memenuhi demand daripada bayi anda.

Dilema Ibu Bekerja Menyusu

Pasti anda selalu mendengar atau pernah mengalami sendiri dilema apabila terpaksa meninggalkan bayi dibawah jagaan orang lain sementara anda keluar bekerja. Paling tidak pasti ada sedikit terkilan, dan oleh sebab itulah ramai ibu-ibu yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya tanpa bergantung pada susu formula. Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Seperti yang diketahui umum, susu ibu adalah susu terbaik yang diperlukan oleh bayi untuk memenuhi keperluan untuk proses tumbesaran bayi.

Walaubagaimanapun, proses ini bukanlah satu proses yang mudah, terutamanya jika ibu mempunyai pekerjaan yang memerlukan tuntutan kerja lebih masa atau perlu berjauhan dengan bayi. Oleh sebab itulah, sepanjang proses penyusuan secara ekslusif, ibu-ibu memerlukan bantuan dan sokongan sepenuhnya terutamanya daripada pihak suami. Kadangkala, keadaan emosi yang  tidak stabil juga merupakan salah satu punca susu merudum dan tidak mencukupi.

Penjagaan atau cara mengendalikan susu perahan juga mungkin kelihatan sedikit rumit berbanding susu formula. Oleh itu, ibu-ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Antara peralatan yang perlu sentiasa ada bersama-sama adalah pam susu mudah alih, storage bottle dan sudah tentu icepack(pek ais) untuk memastikan susu yang dipam dapat disimpan dengan elok buat sementara waktu.

Selain daripada itu, proses ini juga memerlukan tuntutan masa yang tetap setiap hari dimana waktu untuk mengepam susu perlu diselitkan antara waktu selang di pejabat. Lazimnya ibu-ibu akan memilih waktu makan tengahari dan petang sebagai masa yang tetap untuk menyediakan stok susu untuk bayi.

Tambahan pula, sesi mengepam masih perlu dilakukan di rumah, kadangkala di waktu pagi hari semata-mata untuk memastikan keperluan bayi dapat dicukupkan sehinggakan ada ibu-ibu yang terpaksa bersengkang mata dan tidak cukup tidur.

Pengalaman Ibu Bekerja Dan Menyusu

Berdasarkan pengalaman sendiri suatu ketika dahulu sewaktu bergelar ibu muda dan juga seorang pekerja sepenuh masa, tidak dinafikan kadangkala emosi akan sedikit terganggu dan akan cepat merasa penat secara fizikal.

Kadangkala, tuntutan kerja menyebabkan terpaksa berjauhan buat sementara daripada bayi. Kadangkala waktu kerja yang tidak teratur menyebabkan sesi mengepam susu terpaksa ditangguhkan. Pernah juga terjadi apabila stok susu yang dipam lupa untuk dibawa balik, maka terpaksa dibuang begitu sahaja. Kadangkala memang boleh menyebabkan tekanan. Sememangnya proses ini agak mencabar dan sangat menuntut kesabaran yang tinggi, tetapi hasilnya adalah berbaloi insyaAllah.

Panduan Ibu Bekerja Menyusu

Sejujurnya tidak terdapat panduan yang tetap bagi ibu bekerja menyusu, tetapi ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan bagi membantu kelancaran proses penyusuan ekslusif ini.

1.  Pastikan anda mengatur atau merancang aktiviti sehari-hari dengan teliti. Ini untuk mengelakkan sebarang tekanan yang tidak perlu. Walaubagaimanapun, kadangkala mungkin terdapat sedikit cabaran untuk memenuhi aktiviti yang dirancang.

2. Pilih peralatan yang mudah dan selesa digunakan. Contohnya pam susu yang mudah alih, bersaiz kecil dan menggunakan kuasa daripada bateri.

3. Sentiasa berfikiran positif. Kadangkala, hal yang dianggap remeh-temeh mungkin boleh membawa kepada perubahan emosi yang tidak baik. Sentiasa bertenang dan cuba untuk tidak terlalu bertindak mengikut emosi.

4. Dapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan sekerja atau majikan. Seperti yang telah disebut sebelum ini, kadangkala anda mungkin mengalami sedikit kesulitan untuk menjalankan sesi mengepam pada hari tertentu, jangan terlalu risau, sebaliknya minta lah bantuan dan sedikit kefahaman daripada majikan.

5. Jika perlu dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar jika terdapat sebarang masalah sepanjang proses penyusuan. Pihak hospital dan kementerian Kesihatan terutamanya Klinik Kesihatan disetiap daerah mempunyai pasukan khas yang dilantik untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan berkaitan masalah penyusuan.

6. Cuba untuk memenuhi keperluan badan dengan makan dengan seimbang. Jika anda tidak dapat mencukupkan keperluan nutrisi badan anda, bantuan daripada makanan tambahan atau supplemen mungkin boleh membantu. Boleh rujuk Set Menyusu Shaklee untuk maklumat lanjut.

Persiapan Ibu Bekerja Menyusu

Seperti yang telah disebut diatas, panduan dan cara untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka mungkin berbeza mengikut individu. Secara asasnya, persiapan fizikal perlulah seiring dengan persiapan dari segi mental.

Selain memastikan anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan diri sendiri, anda juga perlu mengingatkan diri bahawa bayi anda juga memerlukan nutrisi yang penting untuk tumbesarannya.Ibu-ibu perlu sentiasa menanamkan dalam fikiran bahawa anda melakukan kerja yang mulia dan ganjaran daripada setiap kesusahan sepanjang 2 tahun ini amatlah besar dan bermakna pada bayi anda. Paling penting, dapatkan kerjasama daripada pasangan anda.

Semoga  urusan dan perjalanan penyusuan secara ekslusif anda dimudahkan insyaAllah. Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat.

Milkbooster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai milkbooster semulajadi untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah susu merudum atau kurang. Melalui pengalaman saya sendiri, ada beberapa jenis makanan yang boleh bertindak sebagai milkbooster semulajadi.

Walaubagaimanapun, sesetengah cara mungkin berkesan pada sesetengah individu. Jadi jika cara A tidak berkesan untuk anda, cuba cara seterusnya sehingga bertemu penyelesaian yang sesuai dengan anda.

Makanan Untuk Ibu Menyusu Agar Bayi Sihat

Sebagai yang diketahui, tempoh awal kelahiran bayi adalah sangat penting. Ini kerana sepanjang tempoh ini dan bulan-bulan seterusnya, bayi memerlukan nutrisi dan khasiat yang tinggi untuk membantu proses tumbesaran pada tahap optimum.

Oleh kerana 6 bulan pertama kelahiran, bayi hanya bergantung sepenuhnya pada susu ibu, amatlah penting bagi ibu-ibu memastikan bekalan susu yang mencukupi dan berkualiti dapat diberikan kepada bayi. Pemakanan seimbang dan kaya dengan zat dan nutrien amatlah penting. Proses ini sebenarnya perlu dimulakan sejak bayi berada dalam kandungan lagi. Bayi dalam kandungan juga mendapat zat dan nutrien yang diperlukan dengan bergantung kepada sumber makanan yang dimakan oleh ibu sendiri. Oleh itu, nutrisi yang mencukupi perlulah diperoleh semasa proses kehamilan lagi.

Makanan dan keperluan badan semasa mengandung dan menyusu adalah berbeza daripada kebanyakan manusia biasa. Oleh sebab itulah, amat penting untuk memastikan ibu-ibu hamil dan menyusu mengambil pemakanan seimbang dan mencukupi. Makanan berkhasiat tinggi dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi amatlah digalakkan. Keperluan protein,kalsium,zat dan mineral harian perlulah dipenuhi agar susu yang dibekalkan memenuhi keperluan bayi tersebut.

Bekalan kalsium yang mencukupi penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Bekalan protein yang mencukupi pula untuk proses pembinaan otot dan sel yang sihat. Kandungan zat dan nutrisi berbeza perlulah seimbang untuk ibu sekaligus untuk bayi juga.

Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

1. Kurma

Kurma merupakan salah satu bahan yang mudah didapati dan tidak memerlukan sebarang proses penyediaan yang rumit. Selain dikenali sebagai makanan sunnah yang bagus untuk kesihatan, kurma juga terbukti dapat membantu bertindak menggalakkan penghasilan susu terutamanya bagi ibu-ibu yang berpuasa. Selain dapat membekalkan tenaga,ia juga adalah salah satu makanan bersifat milkbooster semulajadi. Amatlah digalakkan diambil semasa berbuka dan bersahur.

2. Badam (Almond)

Selain boleh diambil terus, salah satu teknik penyediaan yang paling mudah adalah dengan mengisar badam bersama susu. Badam dikatakan dapat membantu menggalakkan penghasilan susu.

Boleh rujuk 7 Cara Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi untuk maklumat yang lebih lanjut dan mendalam.

Supplemen Untuk Banyakkan Susu Badan

Selain mencuba makanan semulajadi yang bersifat penggalak susu atau milkbooster semulajadi, ibu-ibu juga boleh cuba mencari atau mencuba makanan tambahan atau supplemen yang bersesuaian.

Terdapat pelbagai jenis milkbooster yang terdapat dipasaran. Antaranya adalah 7 Produk Set Menyusu Shaklee

Keperluan badan setiap orang adalah berbeza. Jika anda khuatir dan merasakan bahawa anda tidak dapat mengambil dan mengamalkan pemakanan seimbang, supplemen adalah salah satu alternatif untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan terutamanya oleh bayi yang disusukan secara ekslusif. Oleh kerana tindak balas setiap orang mungkin berbeza, anda perlulah mencuba sehingga anda berjumpa dengan makanan tambahan atau supplemen yang bersesuaian dengan diri anda.

Perlu diingatkan, walaupun terdapat banyak cara yang boleh membantu dan bersifat milkbooster semulajadi, perkara asas yang paling penting adalah untuk menyiapkan diri dan mental. Ibu perlulah sentiasa berfikiran positif kerana emosi yang terganggu juga sedikit sebanyak akan menyukarkan proses penyusuan bayi secara ekslusif.

Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang berniat untuk menyuskan bayi, secara ekslusif.

Cara Daftar Ahli Shaklee Yang Mudah

Bismillahirrahmanirrahim, hari ini saya akan kongsikan Cara Daftar Ahli Shaklee yang mudah diikuti oleh anda. Jika anda berminat sila ikuti cara daftar ahli Shaklee  yang berikut.

Terdapat 3 cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Anda boleh memilih salah satu daripada langkah-langkah berikut :

Tiga cara mudah daftar ahli Shaklee

1 ) Isi borang daftar ahli Shaklee online. Isikan butir-butir peribadi anda di >>>>>>>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

2) SMS atau Whatsapp “Daftar Ahli” ke 017-9050763

3) Walk-In ke cawangan berdekatan dan isi borang pendaftaran secara manual

Untuk mengetahui cawangan Shaklee terdekat anda boleh klik di Cawangan Shaklee di Malaysia.

Kelebihan Mendaftar Ahli Dengan SuperStarzFamily

Kenapa anda perlu memilih untuk membuat pembelian dan pendaftaran ahli dengan saya berbanding pengedar Shaklee yang lain?

Saya berada di dalam kumpulan sokongan yang bernaung di bawah Master Salwa dan Master Ithnain. Beliau merupakan pengguna yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun menggunakan produk Shaklee. Selain itu beliau juga merupakan pengedar Shaklee yang berjaya menaiki rank tertinggi dalam bisnes Shaklee hanya dalam masa lebih kurang 7 bulan.

Master Salwa mempunyai latar belakang pelajaran di dalam bidang perubatan. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang kesihatan. Selain daripada itu, kumpulan SuperStarzFamily mempunyai akses ekslusif kepada pakar perubatan, dimana banyak bengkel kesihatan dan nutrisi di jalankan untuk memastikan kami bukan sahaja menjual produk tetapi juga mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mencukupi untuk membantu memahami masalah yang ingin diselesaikan oleh pelanggan.

Sebagai tambahan, kami juga mempunyai akses langsung kepada pakar nutrisi syarikat Shaklee sendiri dimana beliau akan mengadakan sesi perkongsian dan bengkel nutrisi berkenaan produk. Ini membantu pengedar seperti kami lebih memahami fungsi dan cara sesuatu produk bekerja dan kebaikan yang akan diperolehi oleh pengguna produk tersebut.

Shaklee menyediakan platform pembelian secara online untuk memudahkan urusan pembelian antara pengedar dan pelanggan. Walaubagaimanapun, saya ada menyediakan stok untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin mendapatkan barangan dengan kadar segera.

Saya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda. Perkhidmatan pengeposan juga disediakan bagi pelanggan seluruh Malaysia.

Jika anda mempunyai kekangan masa atau pun tiada cawangan berdekatan dengan anda, hubungi saya melalui whatsapp atau SMS.