Cara Keluarkan Susu Badan

Assalamualaikum, alhamdulillah masih diberi kesempatan berkongsi ilmu yang tak seberapa dalam dunia penyusuan, hari ini saya akan sambung dengan topik yang berkaitan cara keluarkan susu badan. Mungkin ada ibu-ibu muda atau yang baru bergelar ibu buat pertama kali mula mencari-cari cara atau tips sebagai persediaan menyambut orang baru dalam keluarga.

Sumber : Google

Terdapat beberapa cara yang biasa yang diketahui umum sebagai cara keluarkan susu badan dengan mudah. Antaranya adalah dengan cara mengamalkan makanan yang bersifat penggalak susu atau milkbooster. Banyak buah-buahan semulajadi dan herba yang dapat membantu menyediakan diri untuk proses penghasilan susu selepas kelahiran bayi kelak.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh cuba mengamalkan teknik-teknik urutan penambah susu. Boleh rujuk TEKNIK URUTAN PENGGALAK SUSU BADAN.

Sumber:google

Penggunaan pam susu secara berkala juga boleh dikira sebagai salah satu cara merangsang badan dan memberikan signal kepada otak untuk menghasilkan susu.

Cara Pam Susu Badan Yang Betul

1.  Kenali jenis pam susu yang sesuai

Terdapat banyak jenis pam susu di pasaran. Lebih elok jika ibu-ibu belajar tentang fungsi dan cara ia berfungsi sebelum membeli pam tersebut. Bagi ibu berkerjaya contohnya, pam susu jenis mudah alih dan ringan serta mudah dibawa adalah salah satu ciri yang perlu dititik beratkan.

Terdapat juga pam susu yang boleh berfungsi dengan bantuan bateri atau memerlukan akses terus kepada punca kuasa atau plug.

2.  Pam mengikut jadual waktu yang tetap

Kebiasaannya ibu-ibu yang bekerja mempunyai masa yang tetap untuk setiap sesi mengepam contohnya waktu rehat tengahari atau waktu minum petang dan tengah malam. Biasakan diri untuk mengepam susu pada masa yang tertentu untuk membantu badan menghantar isyarat supaya susu dihasilkan.

3. Power pumping

Teknik power pumping dilakukan samada dengan “single” atau “double pumping” iaitu dengan mengepam sebelah atau kedua-dua payudara selama sepuluh minit. Selepas itu, rehat selama lima minit. Kitaran ini dilakukan berterusan selama sejam. Ini dapat membantu meniru gaya bayi menyusu untuk menghantar signal pada otak untuk menghasilkan susu walaupun bayi tidak menyusu pada waktu tersebut.

Cara Mengeluarkan Susu Badan Tanpa Mengandung

Walaupun kedengaran agak pelik, terdapat beberapa kes diluar kebiasaan dimana ibu-ibu cuba untuk menyusukan bayi walaupun tidak melalui proses kelahiran. Mungkin terjadi pada ibu yang mempunyai anak angkat yang masih kecil dan membuat keputusan untuk menyusukan bayi. Ini penting bukan sahaja sebagai proses untuk menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anaktak tetapi juga untuk membekalkan susu yang ekslusif untuk mencukupkan nutrisi penting untuk bayi.

Terfapat beberapa cara untuk merangsang pengeluaran susu walaupun tidak mengandung dan melahirkan. Penghasilan susu berkait rapat dengan paras hormon. Lazimnya ibu-ibu perlu mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pakar dalam bidang perubatan. Ibu-ibu akan dibekalkan dengan pil yang akan membantu merangsang penghasilan hormon yang perlu untuk proses penyusuan.

Selain itu,terdapat teknik urutan yang khas untuk merangsang penghasilan susu. Boleh rujuk pada post Urutan Ransangan Susu untuk maklumat lebih lanjut.

Petua Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

Realitinya proses untuk merangsang penghasilan susu yang mencukupi bukan bermula selepas proses kelahiran bayi, tetapi semasa fasa kehamilan lagi. Ibu-ibu yang merancang untuk menyusukan bayi secara ekslusif boleh mula mengambil makanan yang bersifat penggalak susu atau milkbooster. Banyak makanan semulajadi yang mudah didapati yang dapat membantu seperti kurma,halba, longan dan lain-lain. Baca 7 Cara Banyakkan Susu Secara Semulajadi.

Selain dari faktor pemakanan, selepas proses kelahiran, ibu-ibu juga boleh melakukan teknik urutan penggalak susu yang sangat mudah. Minta bantuan daripada suami atau sesiapa sahaja. Pihak hospital menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan bantuan daripada pasukan khas yang ditubuhkan untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan.

Selain itu, diawal kelahiran,ibu-ibu boleh mula menggunakan pam susu untuk membantu membanyakkan susu jika bayi belum mahir dan pandai menghisap. Proses ini mungkin mengambil masa jadi ibu-ibu perlu bersabar dan terus berusaha sehingga berjaya.

Cara Keluarkan Susu Badan Selepas Bersalin

Seperti yang diketahui, teknologi moden hari ini sangat membantu. Dengan kewujudan pam susu yang berbagai jenis,ibu-ibu tidak perlu khuatir jika masih menghadapi masalah untuk mengeluarkan susu badan sejurus selepas bersalin.

Pilih pam susu yang sesuai mengikut keselesaan ibu-ibu. Ini dapat membantu mengelakkan ibu-ibu merasa tertekan terutamanya diawal kelahiran.

Jaga kesihatan fizikal dan mental ibu-ibu untuk memastikan peringkat awal proses penyusuan secara ekslusif dapat dijalani dengan tenang. Pastikan badan mendapat khasiat dan nutrisi yang diperlukan,bukan sahaja untuk keperluan ibu, tetapi juga untuk keperluan tumbesaran bayi. Makanan tambahan atau supplemen juga boleh membantu memudahkan proses penyusuan. Rujuk 7 Produk Set Menyusu Shaklee Untuk Banyakkan Susu Badan.

Selain dengan bantuan pam susu,ibu-ibu boleh cuba mengepam susu keluar secara manual. Terdapat beberapa teknik yang mudah yang boleh dibuat oleh ibu sendiri. Rujuk 7 cara banyakkan susu ibu untuk info tambahan.

Proses penyusuan secara ekslusif adalah proses yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Dapatkan sokongan dan bantuan daripada orang sekeliling apabila memerlukan. Diharap perkongsian saya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu diluar sana yang mempunyai kemusykilan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengedar Shaklee Sepang Dan Nilai Bimbingan Pakar

Salam sejahtera. Saya Pengedar Shaklee Sepang Dan Nilai bimbingan pakar dalam group berpengalaman 20 tahun. Hubungi Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai , Nina 0179050763

Saya Nina Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai dengan ready stok produk Shaklee. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah anda.

Kelebihan Mendapatkan Perkhidmatan dari Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai

Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai berada di bawah kumpulan sokongan naungan Master Salwa yang mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam dunia Shaklee. Anda boleh rujuk mengenai Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai untuk maklumat lebih lanjut.

Kumpulan SuperStarzFamily aktif menganjurkan kelas pemasaran dan tips serta strategi  yang perlu, secara online mahupun offline. Sebagai tambahan, saya turut menghadiri kelas nutrisi dan kelas kesihatan untuk membantu menambahkan ilmu sebagai pengedar yang berilmu. Selain itu, Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai bernaung dibawah kumpulan sokongan yang memiliki akses ekslusif kepada seorang doktor pakar di Malaysia. Inilah yang membezakan kami dengan lebih ramai lagi pengedar di luar sana. Banyak ilmu baru yang disampaikan kepada kami berdasarkan pengalaman beliau. 

Master Salwa merupakan satu-satunya Master Coordinator yang berjaya menaiki rank tertinggi didalam bisnes Shaklee hanya setelah fokus menjalankan aktiviti pemasaran dan bisnes dalam masa 7 bulan sahaja.  Oleh itu, beliau banyak berkongsi pengalama. taktik dan teknik yang terbukti berhasil. Selain itu, kami dididik untuk menyediakan bimbingan dan panduan berterusan setelah pembelian produk. Tidak hanya berfungsi sebagai penjual, kami bertanggungjawab untuk memastikan pelanggan dan pengguna mendapat kesan positif yang diingini. Bukan sahaja aktiviti berkaitan dengan bisnes, malah banyak aktiviti yang diadakan untuk merapatkan ukhwah antara sesama pengedar yang bernaung di bawah kumpulan SuperstarzFamily.

Shaklee mengeluarkan rangkaian produk kesihatan yang luas. Terdapat pelbagai jenis vitamin dan makanan tambahan yang boleh membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian anda. Selain produk penjagaan kesihatan, Shaklee juga menawarkan produk penjagaan kediaman rumah, produk penjagaan kulit dan penjagaan rambut.

Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan sebarang maklumat atau untuk membuat pembelian, sila hubungi Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai. InsyaAllah di posting yang akan datang, saya akan senaraikan pengedar Shaklee berdekatan yang boleh anda hubungi.

Pembelian perlulah dibuat melalui pengedar yang berdaftar secara sah dan berpengalaman. Ini untuk memastikan anda tidak mengalami kerugian jika gagal mendapat konsultasi dan bimbingan yang terbaik.

Saya juga menyediakan perkhidmatan pengeposan ke seluruh Malaysia. Penghantaran terus ke rumah ataupun COD juga disediakan untuk kawasan berdekatan. Saya sentiasa menyediakan ready stok bagi anda yang memerlukan barangan dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, jika barangan yang ingin dibeli tiada dalam simpanan saya, jangan risau kerana pihak Shaklee menyediakan perkhidmatan penghantaran terus kepada anda. Cuma perlukan butiran peribadi yang berkaitan untuk digunakan untuk tujuan penghantaran. Stok yang anda akan dapat juga adalah stok “fresh” dari HQ Shaklee sendiri.

Pembelian menggunakan kad kredit melalui Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai

Pengedar Sepang dan Nilai menerima perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit. Urusan pembelian dijalankan secara online oleh Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai. Produk yang dibeli oleh Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai akan terus dihantar daripada pihak Shaklee kepada anda.

Pihak Shaklee ada menyediakan tawaran-tawaran atau promo yang menarik setiap bulan kepada penggunanya. Oleh itu, jika anda merupakan pelanggan Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai, anda akan sentiasa diberitahu tentang promosi yang berlangsung supaya anda tidak ketinggalan. Promosi mungkin terdiri daripada penjimatan untuk pembelian ataupun berupa barangan.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai ahli, anda juga boleh menghubungi pengedar Shaklee yang berdaftar untuk proses pendaftaran.  Setelah mendaftar, anda akan memperolehi kelebihan untuk mendapatkan penjimatan semasa pembelian barangan pada harga ahli. Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang pengedar, tiada bayaran atau cas tambahan yang dikenakan. Sebaik sahaja anda bergelar ahli, anda layak untuk menjadi pengedar dan menjalankan perniagaan.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini dari saya. Jika anda berminat boleh terus hubungi Pengedar Shaklee Sepang dan Nilai sekarang juga.