Milkbooster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai milkbooster semulajadi untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah susu merudum atau kurang. Melalui pengalaman saya sendiri, ada beberapa jenis makanan yang boleh bertindak sebagai milkbooster semulajadi.

Walaubagaimanapun, sesetengah cara mungkin berkesan pada sesetengah individu. Jadi jika cara A tidak berkesan untuk anda, cuba cara seterusnya sehingga bertemu penyelesaian yang sesuai dengan anda.

Makanan Untuk Ibu Menyusu Agar Bayi Sihat

Sebagai yang diketahui, tempoh awal kelahiran bayi adalah sangat penting. Ini kerana sepanjang tempoh ini dan bulan-bulan seterusnya, bayi memerlukan nutrisi dan khasiat yang tinggi untuk membantu proses tumbesaran pada tahap optimum.

Oleh kerana 6 bulan pertama kelahiran, bayi hanya bergantung sepenuhnya pada susu ibu, amatlah penting bagi ibu-ibu memastikan bekalan susu yang mencukupi dan berkualiti dapat diberikan kepada bayi. Pemakanan seimbang dan kaya dengan zat dan nutrien amatlah penting. Proses ini sebenarnya perlu dimulakan sejak bayi berada dalam kandungan lagi. Bayi dalam kandungan juga mendapat zat dan nutrien yang diperlukan dengan bergantung kepada sumber makanan yang dimakan oleh ibu sendiri. Oleh itu, nutrisi yang mencukupi perlulah diperoleh semasa proses kehamilan lagi.

Makanan dan keperluan badan semasa mengandung dan menyusu adalah berbeza daripada kebanyakan manusia biasa. Oleh sebab itulah, amat penting untuk memastikan ibu-ibu hamil dan menyusu mengambil pemakanan seimbang dan mencukupi. Makanan berkhasiat tinggi dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi amatlah digalakkan. Keperluan protein,kalsium,zat dan mineral harian perlulah dipenuhi agar susu yang dibekalkan memenuhi keperluan bayi tersebut.

Bekalan kalsium yang mencukupi penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Bekalan protein yang mencukupi pula untuk proses pembinaan otot dan sel yang sihat. Kandungan zat dan nutrisi berbeza perlulah seimbang untuk ibu sekaligus untuk bayi juga.

Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

1. Kurma

Kurma merupakan salah satu bahan yang mudah didapati dan tidak memerlukan sebarang proses penyediaan yang rumit. Selain dikenali sebagai makanan sunnah yang bagus untuk kesihatan, kurma juga terbukti dapat membantu bertindak menggalakkan penghasilan susu terutamanya bagi ibu-ibu yang berpuasa. Selain dapat membekalkan tenaga,ia juga adalah salah satu makanan bersifat milkbooster semulajadi. Amatlah digalakkan diambil semasa berbuka dan bersahur.

2. Badam (Almond)

Selain boleh diambil terus, salah satu teknik penyediaan yang paling mudah adalah dengan mengisar badam bersama susu. Badam dikatakan dapat membantu menggalakkan penghasilan susu.

Boleh rujuk 7 Cara Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi untuk maklumat yang lebih lanjut dan mendalam.

Supplemen Untuk Banyakkan Susu Badan

Selain mencuba makanan semulajadi yang bersifat penggalak susu atau milkbooster semulajadi, ibu-ibu juga boleh cuba mencari atau mencuba makanan tambahan atau supplemen yang bersesuaian.

Terdapat pelbagai jenis milkbooster yang terdapat dipasaran. Antaranya adalah 7 Produk Set Menyusu Shaklee

Keperluan badan setiap orang adalah berbeza. Jika anda khuatir dan merasakan bahawa anda tidak dapat mengambil dan mengamalkan pemakanan seimbang, supplemen adalah salah satu alternatif untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan terutamanya oleh bayi yang disusukan secara ekslusif. Oleh kerana tindak balas setiap orang mungkin berbeza, anda perlulah mencuba sehingga anda berjumpa dengan makanan tambahan atau supplemen yang bersesuaian dengan diri anda.

Perlu diingatkan, walaupun terdapat banyak cara yang boleh membantu dan bersifat milkbooster semulajadi, perkara asas yang paling penting adalah untuk menyiapkan diri dan mental. Ibu perlulah sentiasa berfikiran positif kerana emosi yang terganggu juga sedikit sebanyak akan menyukarkan proses penyusuan bayi secara ekslusif.

Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang berniat untuk menyuskan bayi, secara ekslusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *