Milkbooster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai milkbooster semulajadi untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah susu merudum atau kurang. Melalui pengalaman saya sendiri, ada beberapa jenis makanan yang boleh bertindak sebagai milkbooster semulajadi.

Walaubagaimanapun, sesetengah cara mungkin berkesan pada sesetengah individu. Jadi jika cara A tidak berkesan untuk anda, cuba cara seterusnya sehingga bertemu penyelesaian yang sesuai dengan anda.

Makanan Untuk Ibu Menyusu Agar Bayi Sihat

Sebagai yang diketahui, tempoh awal kelahiran bayi adalah sangat penting. Ini kerana sepanjang tempoh ini dan bulan-bulan seterusnya, bayi memerlukan nutrisi dan khasiat yang tinggi untuk membantu proses tumbesaran pada tahap optimum.

Oleh kerana 6 bulan pertama kelahiran, bayi hanya bergantung sepenuhnya pada susu ibu, amatlah penting bagi ibu-ibu memastikan bekalan susu yang mencukupi dan berkualiti dapat diberikan kepada bayi. Pemakanan seimbang dan kaya dengan zat dan nutrien amatlah penting. Proses ini sebenarnya perlu dimulakan sejak bayi berada dalam kandungan lagi. Bayi dalam kandungan juga mendapat zat dan nutrien yang diperlukan dengan bergantung kepada sumber makanan yang dimakan oleh ibu sendiri. Oleh itu, nutrisi yang mencukupi perlulah diperoleh semasa proses kehamilan lagi.

Makanan dan keperluan badan semasa mengandung dan menyusu adalah berbeza daripada kebanyakan manusia biasa. Oleh sebab itulah, amat penting untuk memastikan ibu-ibu hamil dan menyusu mengambil pemakanan seimbang dan mencukupi. Makanan berkhasiat tinggi dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi amatlah digalakkan. Keperluan protein,kalsium,zat dan mineral harian perlulah dipenuhi agar susu yang dibekalkan memenuhi keperluan bayi tersebut.

Bekalan kalsium yang mencukupi penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Bekalan protein yang mencukupi pula untuk proses pembinaan otot dan sel yang sihat. Kandungan zat dan nutrisi berbeza perlulah seimbang untuk ibu sekaligus untuk bayi juga.

Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

1. Kurma

Kurma merupakan salah satu bahan yang mudah didapati dan tidak memerlukan sebarang proses penyediaan yang rumit. Selain dikenali sebagai makanan sunnah yang bagus untuk kesihatan, kurma juga terbukti dapat membantu bertindak menggalakkan penghasilan susu terutamanya bagi ibu-ibu yang berpuasa. Selain dapat membekalkan tenaga,ia juga adalah salah satu makanan bersifat milkbooster semulajadi. Amatlah digalakkan diambil semasa berbuka dan bersahur.

2. Badam (Almond)

Selain boleh diambil terus, salah satu teknik penyediaan yang paling mudah adalah dengan mengisar badam bersama susu. Badam dikatakan dapat membantu menggalakkan penghasilan susu.

Boleh rujuk 7 Cara Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi untuk maklumat yang lebih lanjut dan mendalam.

Supplemen Untuk Banyakkan Susu Badan

Selain mencuba makanan semulajadi yang bersifat penggalak susu atau milkbooster semulajadi, ibu-ibu juga boleh cuba mencari atau mencuba makanan tambahan atau supplemen yang bersesuaian.

Terdapat pelbagai jenis milkbooster yang terdapat dipasaran. Antaranya adalah 7 Produk Set Menyusu Shaklee

Keperluan badan setiap orang adalah berbeza. Jika anda khuatir dan merasakan bahawa anda tidak dapat mengambil dan mengamalkan pemakanan seimbang, supplemen adalah salah satu alternatif untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan terutamanya oleh bayi yang disusukan secara ekslusif. Oleh kerana tindak balas setiap orang mungkin berbeza, anda perlulah mencuba sehingga anda berjumpa dengan makanan tambahan atau supplemen yang bersesuaian dengan diri anda.

Perlu diingatkan, walaupun terdapat banyak cara yang boleh membantu dan bersifat milkbooster semulajadi, perkara asas yang paling penting adalah untuk menyiapkan diri dan mental. Ibu perlulah sentiasa berfikiran positif kerana emosi yang terganggu juga sedikit sebanyak akan menyukarkan proses penyusuan bayi secara ekslusif.

Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang berniat untuk menyuskan bayi, secara ekslusif.

7 Cara Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi  Cara Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah ini, diharap posting ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang cara banyakkan susu ibu

Terdapat banyak cara yang boleh dicuba tetapi saya akan berkongsi tentang 5 cara banyakkan susu ibu yang sudah terbukti berkesan dari pengalaman saya sendiri. Ramai ibu-ibu yang merasa risau dan tertekan jika bayi merengek dan kerap menyusu. Anggapan bahawa bayi tidak kenyang dan susu tidak mencukupi untuk bayi sebenarnya tidaklah tepat 100 %. Baca 3 Tanda Bayi Tak Puas Menyusu.

Cara Banyakkan Susu Ibu Yang Paling Mudah

Berikut merupakan cara banyakkan susu ibu yang paling mudah. Boleh juga rujuk info berkaitan di Pengedar Shaklee Salak Tinggi.

Sebelum mencuba berbagai cara dan makanan semulajadi untuk banyakkan susu, ibu sendiri perlu arif untuk mengawal emosi sendiri. Ada sesetengah ibu berpendapat, walaupun setelah mencuba perlbagai cara, tetap juga tidak dapat memenuhi kehendak bayi dan merasakan diri telah gagal menjalankan tugas sebagai seorang ibu dengan baik.

Ibu-ibu perlulah sentiasa cuba untuk berfikiran positif dan sentiasa beritahu pada diri, susu anda adalah yang terbaik untuk bayi dan Allah sudah pun menyediakan yang terbaik melalui anda. Otak kita merupakan satu ciptaan yang sangat mengagumkan. Setiap emosi dan rasa yang kita rasai, otak akan menterjemahkan kepada perbuatan. Jika anda sentiasa berfikiran positif dan sudah setkan dalam minda bahawa susu anda mencukupi untuk bayi, otak akan mentafsir dan menghantar isyarat tersebut kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Tak percaya? Boleh cuba dan rasai perbezaannya.

Kerapkan mengepam. Perbuatan ini akan menghasilkan satu signal pada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu untuk memenuhi demand. Fahami konsep mudah supply and demand untuk membantu memudahkan perjalanan penyusuan anda dan bayi.

Bahan Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Kesemua bahan dalam gambar di berikut adalah antara bahan semulajadi yang boleh membantu membanyakkan susu ibu. Sebenarnya banyak lagi bahan yang boleh didapati di dapur kita yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kurma adalah antara  makanan sunnah yang terkenal boleh membantu merangsang penghasilan susu secara semulajadi. Selain mempunyai zat yang tinggi, kurma juga terbukti salah satu milkbooster yang berkesan terutama sekali bagi ibu-ibu yang berpuasa dan menyusukan anak. Makan kurma sewaktu bersahur dan berbuka dapat membantu ibu-ibu dalam memastikan susu mencukupi untuk bayi walaupun ketika berpuasa.

Kurma merah pula terkenal di kalangan ahli perubatan dan mereka yang mengamalkan herba dan ubatan tradisional orang Cina.

Selain itu, halba yang sering digunakan dalam masakan juga dikatakan dapat membantu merangsang penghasilan susu ibu. Hanya rendamkan halba di dalam air, dan gunakan airnya sebagai minuman.

Yang paling penting adalah ibu perlu minum air masak yang mencukupi untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi. Dari pengalaman sendiri, selepas sesi menyusu, secara automatik kita akan merasa dahaga dan perlu minum air. Jika ibu-ibu yang merasakan susah untuk minum air yang mecukupi. lazimkan diri untuk menyukat ataupun merekod pengambilan air setiap hari. Sebagai contoh, dapatkan satu botol minuman yang mempunyai sukatan 2 liter. Pastikan sebelum tidur anda sudah pun menghabiskan air di dalam botol tersebut. Menurut pengalaman sendiri, cara ini lebih berkesan kerana anda akan rasa termotivasi untuk menghabiskan air tersebut setelah anda nampak secara jelas.

Dapatkan bantuan supplemen yang boleh membantu merangsang penghasilan susu. Terdapat banyak produk di pasaran yang boleh membantu ibu-ibu mengatasi masalah ini. Walaubagaimanapun, kesannya mungkin berbeza bergantung kepada cara badan mengadaptasi kepada supplemen tersebut. Jika supplemen A tidak berhasi, cuba lagi sehingga anda berjumpa dengan supplemen yang serasi dengan anda. Antara supplemen yang terdapat di pasaran adalah Produk Menyusu Shaklee Untuk Banyakkan Susu Badan.

Set Menyusu Shaklee Untuk Banyakkan Susu Ibu

Selain cara semulajadi yang dibincangkan di atas untuk banyakkan susu, bantuan daripada supplemen penggalak susu ataupun milkbooster juga salah satu usaha yang boleh dicuba. Peranan supplemen dalam membantu penyususan tidak boleh diperkecilkan, oleh itu Shaklee mengambil inisiatif mengeluarkan beberapa produk yang berpotensi sebagai penggalak susu untuk kegunaan ibu-ibu.

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada beberapa item yang penting, bukan sahaja untuk membantu penghasilan susu, tetapi juga untuk memastikan susu yang terhasil adalah berkualiti dan boleh mencukupkan keperluan nutrisi bayi untuk proses tumbesaran.

Energizing Soy Protein dapat membantu memberikan tenaga segera kepada ibu-ibu yang mempunyai gaya hidup aktif. Selain itu, ia dapat membekalkan protein yang mencukupi kepada ibu dan bayi untuk kegunaan pembinaan sel dan lain-lain organ.

Alfalfa Complex merupakan item penting dalam set menyusu Shaklee kerana tumbuhan Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan 1001 khasiat dan juga terkenal sebagai milkbooster semulajadi.

Vitalea adalah tablet multivitamin dan multimineral. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang perlu untuk keperluan ibu dan bayi sendiri. Fasa bayi merupakan satu fasa perkembangan yang sangat pesat, oleh itu jika ibu tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang, Vitalea boleh membantu memenuhi lompong nutrisi tersebut untuk ibu dan juga bayi.

Ostematrix adalah pil kalsium. Sebagaimana yang diketahui, Kalsium boleh didapati dalam makanan harian tetapi bagi ibu yang mempunyai masalah untuk mencukupkan keperluan kalsium melalui pemakanan, disarankan agar mengambil pil kalsium ini. Selepas bersalin, kesihatan tulang akan mula merosot dan menjadi rapuh dan meningkatkan risiko osteoporosis. Selain itu, jika ibu mengambil pil kalsium ini, bayi juga turut mendapat khasiat untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Seperti yang diketahui, badan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C dengan sendiri, oleh itu sumber luaran amatlah penting. Selain membantu meningkatkan sistem imun badan ibu dan bayi, Vitamin C juga membantu memelihara kesihatan kulit.

Omega Guard Shaklee boleh membantu mengawal paras kolesterol dalam darah dan meningkatkan metabolisma badan. Selain itu, Omega Guard membantu mengawal keseimbangan hormon yang terjejas selepas melahirkan anak. Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard juga penting untuk perkembangan otak bayi.

Untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee dari saya, anda boleh terus menghubungi saya melalui whatsapp atau panggilan telefon. Konsultasi dan bimbingan ekslusif secara berterusan akan diberikan.

Nina Shaklee

017-9050763

Pengedar Shaklee Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.