3 Tanda Bayi Tak Puas Menyusu Walaupun Sudah Kerap

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi tentang 3 Tanda Bayi Tak Puas Menyusu Walaupun Sudah Kerap. Ramai ibu yang mengalami masalah bayi kerap menyusu dan tidak pasti tentang punca dan cara untuk mengatasinya. Semoga perkongsian saya dapat membantu ibu-ibu memahami dan dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah bayi tak puas menyusu dengan cepat.

Kenapa penting untuk ibu mengenalpasti tanda-tanda bayi tak puas menyusu? Kadangkala ibu-ibu tidak dapat mengenalpasti punca masalah ini pada peringkat awal, seterusnya ibu dan bayi akan merasa tertekan dan mungkin mengakibatkan proses penyusuan ekslusif tidak dapat berjalan dengan lancar. Lazimnya perkara ini biasa terjadi pada golongan ibu muda ataupun ibu yang baru melahirkan anak pertama. Ini kerana kekurangan pengalaman dan kadangkala pengaruh dari orang sekeliling yang sekaligus menambahkan tekanan kepada ibu itu sendiri.

Tanda Bayi Tak Puas Menyusu Dan Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Mungkin ramai yang masih tidak arif dan tidak mempunyai pengalaman tentang bagaimana untuk menyusukan bayi dengan betul. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk memudahkan proses penyusuan berjalan lancar sekaligus dapat memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang selesa. Boleh rujuk Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda mendapat susu yang mencukupi untuk maklumat tambahan.

Antara tanda yang mudah dilihat dengan mata kasar adalah bayi yang tidak puas menyusu akan lebih cenderung untuk menyusu dengan lebih kerap. Secara normalnya, bayi akan sejam atau dua jam sekali terutamanya pada waktu malam, tetapi kadangkala ibu dapat melihat perubahan pada waktu tidur dan menyusu anak. Kadangkala anak akan lebih kerap terjaga untuk menyusu dan tidak tidur dengan lena.

Terdapat beberapa perkara penting untuk memastikan anda menyusukan bayi dengan cara yang betul.

1.Posisi yang betul semasa menyusu.

Posisi yang betul sepanjang penyusuan sebenarnya bergantung kepada keselesaan ibu dan bayi itu sendiri. Kebanyakan bayi dan ibu lebih selesa dan lebih senang untuk tidur ketika menyusu sambil berbaring. Bagaimanapun, posisi ini adalah sedikit berbahaya jika ibu masih tidak biasa dan bayi masih kecil kerana khuatir bayi akan lemas ketika ibu tertidur semasa menyusu.

Selain posisi berbaring, proses penyusuan semasa duduk juga mempunyai beberapa posisi. Apa yang penting adalah posisi yang selesa bagi ibu dan bayi akan menyumbang kepada kelancaran proses penyusuan.

2.  Teknik pelekapan atau “latching” yang betul

Ibu-ibu perlu sentiasa memastikan teknik pelekapan mulut bayi adalah betul. Ini kerana jika mulut bayi tidak melekap dengan betul, kemungkinan proses “sucking” tidak berjalan lancar dan sekaligus susu yang dihasilkan juga tidak mencukupi. Ini akan menyebabkan ibu dan bayi berada dalam keadaan tertekan dan menyulitkan lagi proses penyusuan.

Petua Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

Kebanyakan ibu terutamanya ibu yang pertama kali melahirkan anak, mempunyai masalah susu tidak mencukupi untuk bayi diawal proses kelahiran. Ini kerana badan ibu baru sahaja hendak menyesuaikan dan menyiapkan diri untuk menghasilkan susu. Terdapat beberapa cara untuk membantu melancarkan proses penyusuan di awal kelahiran.

Ibu-ibu boleh mula menyiapkan diri pada peringkat akhir kehamilan dengan membanyakkan makan makanan yang bersifat milkbooster. Walaupun kesannya mungkin berbeza mengikut penyesuaian badan individu, makanan penggalak susu contohnya seperti Kurma dan Susu Kambing dikatakan mampu membantu penghasilan susu yang mencukupi diawal kehamilan.

Selain itu, ibu-ibu yang mengalami masalah susu tidak mencukupi boleh mempelajari teknik urutan untuk menggalakkan penghasilan susu. Teknik urutan ini boleh dilakukan oleh ibu atau bapa bayi sementara menunggu bidan atau tukang urut yang lebih arif.

Antara urutan yang paling mudah ialah teknik urutan ransangan susu dan urutan pada bahagian tulang belakang ibu.Boleh lihat video cara urutan menambahkan susu ini.

Penambahan dengan mengambil makanan tambahan juga boleh diambil kira sebagai salah satu alternatif. Rujuk 7 Produk Set Menyusu Shaklee Untuk Banyakkan Susu Badan.

Perkara paling penting adalah ibu perlulah sentiasa berfikiran positif dan elakkan dari merasa tertekan. Jika anda tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi di awal kelahiran, ianya bukanlah masalah yang besar dan tidak dapat diselesaikan. Latih diri untuk sentiasa positif dan yakin bahawa anda pasti dapat membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi anda.

Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi

Jika anda mempunyai masalah untuk menyusukan bayi, anda perlulah sentiasa mengingatkan diri bahawa ianya bukanlah satu kesalahan besar. Sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah. Jika ditakdirkan anda terpaksa memberikan susu formula kepada bayi, jangan berputus asa dan teruskan berusaha. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi, perhatikan beberapa tanda di bawah untuk mengenalpasti jika susu tersebut sesuai dengan bayi anda atau tidak.

  1. Sembelit : Tanda awal yang mungkin dihadapi oleh bayi adalah sembelit. Lazimnya bayi perlu membuang najis sekali sehari. Diawal proses kelahiran, bayi akan kerap berak. Selepas memberikan susu, pantau kekerapan bayi membuang najis.
  2. Muntah-muntah : Jika bayi anda muntah-muntah selepas menyusu susu formula, segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor. Kemungkinan susu yang diberikan tidak bersesuaian dengan bayi anda. 
  3. Cirit-birit : Perhatikan juga tanda-tanda jika bayi anda terlampau kerap membuang najis atau cirit-birit. Ini juga merupakan tanda awal yang menunjukkan susu formula tersebut tidak sesuai dengan bayi anda.

Tanda-tanda yang ditunjukkan mungkin berbeza mengikut penyesuaian bayi itu sendiri. Jika bayi anda mengalami masalah yang berlarutan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaiannya.

Anda mungkin ingin mengetahui Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa.