Tips Banyakkan Susu Badan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum, diam tak diam tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan. Ada yang teruja, tak sabar dan tak kurang juga ibu-ibu yang risau dan mula mencari cara banyakkan susu semasa berpuasa. Tidak dinafikan sedikit sebanyak, ketahanan mental dan fizikal amat perlu untuk ibu-ibu yang menyusukan anak secara ekslusif, terutamanya apabila menjelang bulan puasa.

Sumber:google

Hari ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sebagai ibu yang pernah melalui fasa hamil, menyusukan bayi, dan juga hamil sekaligus menyusukan anak pertama di bulan puasa.

Alhamdulillah pengalaman berpuasa sebagai ibu hamil pertama kali dan berpuasa tidaklah begitu mencabar. Masih mampu berpuasa walaupun masih melalui fasa alahan yang agak teruk. Sejujurnya fasa menyusukan anak merupakan salah satu detik yang paling mencabar. Disebabkan kekurangan air, sepanjang hari saya merasa sangat haus dan tidak bermaya. Pengalaman awal sebagai ibu muda memang agak memeritkan. Sehingga satu tahap saya dapat merasakan lutut menggigil dan tidak mampu berdiri.

Kuantiti susu pula turun naik, dan pula saya tidak begitu arif dan tidak cuba mencari ilmu tambahan, sebulan berpuasa sangat perit dan lambat berlalu rasanya.

Tetapi berbeza dengan kehamilan kedua, walaupun masih menyusukan anak pertama, saya mampu bertahan sehingga ke petang, walaupun kadang kala pancit juga hehe. Sejujurnya memang saya merasakan perbezaan yang ketara selepas cuba mengambil makanan tambahan atau supplemen. Badan rasa lebih bertenaga, walaupun anak menyusu sepanjang hari, alhamdulillah saya masih mampu melakukan kerja rumah seperti biasa .

Tips Maintain Susu Dibulan Puasa

Sebenarnya keperluan dan cara badan kita mengadaptasi sangat berbeza mengikut individu itu sendiri. Cara A mungkin berkesan bagi saya tapi tidak bagi orang lain. Walaubagaimanapun kata orang, hendak seribu daya, jika kita bertekad untuk menyusukan anak, walau apapun cabaran, kita perlu sentiasa menguatkan diri dan melengkapkan diri dengan pengetahuan yang perlu.

1. Minum air yang mencukupi

Lazimnya keperluan air sehari perlulah sekurang-kurangnya 2 Liter. Seeloknya, cuba untuk pastikan jumlah air yang diambil mencukupi. Antara cara yang saya praktikkan sepanjang menyusu dan berpuasa, beli botol air yang bersaiz 2 Liter, pastikan sebelum tidur cuba minum sebanyak mungkin air, selebihnya perlu dihabiskan semasa bersahur. Dengan cara ini kita dapat mengukur dan pasti jika kita sudah cuba memenuhi keperluan badan, terutamanya untuk berpuasa esok harinya.

2. Makan kurma sewaktu berbuka dan bersahur

Sebagaimana yang diketahui,kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang terbukti dapat membantu meningkatkan penghasilan susu secara semulajadi. Jadikan tabiat berbuka dan bersahur dengan sekurang-kurangnya tiga biji kurma. Pelbagaikan cara, samada makan sebiji buah kurma atau anda boleh menyediakan air kisaran kurma dan badam. Biji kurma juga dikatakan mempunyai khasiat yang banyak. Rendam biji kurma semalaman dan minum sewaktu bersahur. Kurma juga dapat membekalkan tenaga kepada badan untuk berpuasa.

3. Power Pumping

JANGAN skip atau tinggalkan rutin harian anda untuk mengepam susu. Jika anda merasakan bekalan susu surut dengan mendadak, cuba untuk tingkatkan sesi mengepam susu terutamanya diawal pagi.

4. Siapkan diri dan minda

Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa anda pasti boleh melakukannya. Walaupun anda tidak percaya, sentiasalah berbisik dan ingatkan diri sendiri, anda adalah ibu yang hebat, dan anda pasti boleh melakukannya. Mintalah bantuan daripada Allah untuk memudahkan urusan anda untuk menunaikan kewajipan sebagai orang Islam dan sekaligus menunaikan tanggungjawab seorang ibu dengandan mudah dan teratur.

Perancangan Awal Untuk Banyakkan Susu Semasa Berpuasa

Walaupun kedengaran agak pelik, sebenarnya amat penting bagi seorang ibu yang menyusukan anak untuk bersiap sedia lebih awal sebelum tibanya bulan Ramadhan. Carilah cara untuk banyakkan susu yang bersesuaian dengan diri anda.

Sebagai contoh, latih diri untuk berpuasa dan belajar tentang kemampuan diri anda. Lakukan rutin mengganti puasa atau puasa sunat untuk membiasakan diri.

Sediakan keperluan atau bekalan yang mencukupi untuk bayi anda. Lakukan persediaan lebih awal, contohnya sediakan stok susu yang lebih sedikit daripada hari biasa. Akan ada harinya anda akan merasa sangat letih dan mungkin tidak dapat menghasilkan stok yang mencukupi untuk anak anda. Diwaktu sebeginilah stok kecemasan yang telah disediakan lebih awal akan jadi sangat berguna. Dengan cara penyimpanan yang betul, susu yang dipam boleh disimpan selama berbulan lamanya.

Dapatkan bantuan daripada pasangan atau orang sekeliling jika anda mengalami masalah atau anda mula merasa tertekan. Bantuan yang kecil daripada orang lain mungkin akan memudahkan urusan dan mengurangkan tekanan yang dialami. Tekanan yang berlebihan juga boleh menjadi salah satu faktor susu merudum.

Tips Elak Susu Merudum Dibulan Puasa

Seperti yang telah diberitahu, penjagaan kesihatan emosi dan fizikal ibu amatlah penting. Persediaan awal, mungkin boleh membantu memudahkan proses penyusuan secara ekslusif.

Selain daripada cara yang disebutkan diatas, saya ingin berkongsi tentang supplemen yang saya amalkan untuk kesihatan dan sekaligus untuk ibu yang menyusukan bayi.

Sejujurnya amatlah berbeza kesan selepas pengambilan supplemen tambah susu ini kepada saya. Antara supplemen yang saya amalkan adalah Set Menyusu Shaklee.

Bukan sahaja untuk keperluan badan sendiri,tetapi juga untuk memastikan ia dapat membantu badan saya menyalurkan khasiat dan nutrisi yang penting untuk bayi walaupun sedang berpuasa. Antara kesan yang ketara adalah saya lebih bertenaga dan tidak cepat penat. Yang paling penting adalah bekalan susu yang dihasilkan mencukupi untuk bayi.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu semua. Moga urusan kita untuk menyusukan bayi secara ekslusif selama dua tahunorang dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *