Tips Ibu Bekerja Menyusu Agar Tidak Stress Dan Gembira

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit berkenaan topik ibu bekerja menyusu. Bagaimana dan apakah tips untuk ibu bekerja menyusu supaya tidak stress dan dapat meneruskan penyusuan bayi secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.

sumber: Google

Perjalanan menyusukan bayi secara ekslusif bagi ibu-ibu adalah tidak mudah. Apatah lagi jika anda adalah ibu yang berkerjaya. Pastinya ia menuntut lebih pengorbanan dan ada masanya boleh menyebabkan tekanan jika stok susu merudum dan tidak dapat memenuhi demand daripada bayi anda.

Dilema Ibu Bekerja Menyusu

Pasti anda selalu mendengar atau pernah mengalami sendiri dilema apabila terpaksa meninggalkan bayi dibawah jagaan orang lain sementara anda keluar bekerja. Paling tidak pasti ada sedikit terkilan, dan oleh sebab itulah ramai ibu-ibu yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya tanpa bergantung pada susu formula. Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Seperti yang diketahui umum, susu ibu adalah susu terbaik yang diperlukan oleh bayi untuk memenuhi keperluan untuk proses tumbesaran bayi.

Walaubagaimanapun, proses ini bukanlah satu proses yang mudah, terutamanya jika ibu mempunyai pekerjaan yang memerlukan tuntutan kerja lebih masa atau perlu berjauhan dengan bayi. Oleh sebab itulah, sepanjang proses penyusuan secara ekslusif, ibu-ibu memerlukan bantuan dan sokongan sepenuhnya terutamanya daripada pihak suami. Kadangkala, keadaan emosi yang  tidak stabil juga merupakan salah satu punca susu merudum dan tidak mencukupi.

Penjagaan atau cara mengendalikan susu perahan juga mungkin kelihatan sedikit rumit berbanding susu formula. Oleh itu, ibu-ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Antara peralatan yang perlu sentiasa ada bersama-sama adalah pam susu mudah alih, storage bottle dan sudah tentu icepack(pek ais) untuk memastikan susu yang dipam dapat disimpan dengan elok buat sementara waktu.

Selain daripada itu, proses ini juga memerlukan tuntutan masa yang tetap setiap hari dimana waktu untuk mengepam susu perlu diselitkan antara waktu selang di pejabat. Lazimnya ibu-ibu akan memilih waktu makan tengahari dan petang sebagai masa yang tetap untuk menyediakan stok susu untuk bayi.

Tambahan pula, sesi mengepam masih perlu dilakukan di rumah, kadangkala di waktu pagi hari semata-mata untuk memastikan keperluan bayi dapat dicukupkan sehinggakan ada ibu-ibu yang terpaksa bersengkang mata dan tidak cukup tidur.

Pengalaman Ibu Bekerja Dan Menyusu

Berdasarkan pengalaman sendiri suatu ketika dahulu sewaktu bergelar ibu muda dan juga seorang pekerja sepenuh masa, tidak dinafikan kadangkala emosi akan sedikit terganggu dan akan cepat merasa penat secara fizikal.

Kadangkala, tuntutan kerja menyebabkan terpaksa berjauhan buat sementara daripada bayi. Kadangkala waktu kerja yang tidak teratur menyebabkan sesi mengepam susu terpaksa ditangguhkan. Pernah juga terjadi apabila stok susu yang dipam lupa untuk dibawa balik, maka terpaksa dibuang begitu sahaja. Kadangkala memang boleh menyebabkan tekanan. Sememangnya proses ini agak mencabar dan sangat menuntut kesabaran yang tinggi, tetapi hasilnya adalah berbaloi insyaAllah.

Panduan Ibu Bekerja Menyusu

Sejujurnya tidak terdapat panduan yang tetap bagi ibu bekerja menyusu, tetapi ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan bagi membantu kelancaran proses penyusuan ekslusif ini.

1.  Pastikan anda mengatur atau merancang aktiviti sehari-hari dengan teliti. Ini untuk mengelakkan sebarang tekanan yang tidak perlu. Walaubagaimanapun, kadangkala mungkin terdapat sedikit cabaran untuk memenuhi aktiviti yang dirancang.

2. Pilih peralatan yang mudah dan selesa digunakan. Contohnya pam susu yang mudah alih, bersaiz kecil dan menggunakan kuasa daripada bateri.

3. Sentiasa berfikiran positif. Kadangkala, hal yang dianggap remeh-temeh mungkin boleh membawa kepada perubahan emosi yang tidak baik. Sentiasa bertenang dan cuba untuk tidak terlalu bertindak mengikut emosi.

4. Dapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan sekerja atau majikan. Seperti yang telah disebut sebelum ini, kadangkala anda mungkin mengalami sedikit kesulitan untuk menjalankan sesi mengepam pada hari tertentu, jangan terlalu risau, sebaliknya minta lah bantuan dan sedikit kefahaman daripada majikan.

5. Jika perlu dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar jika terdapat sebarang masalah sepanjang proses penyusuan. Pihak hospital dan kementerian Kesihatan terutamanya Klinik Kesihatan disetiap daerah mempunyai pasukan khas yang dilantik untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan berkaitan masalah penyusuan.

6. Cuba untuk memenuhi keperluan badan dengan makan dengan seimbang. Jika anda tidak dapat mencukupkan keperluan nutrisi badan anda, bantuan daripada makanan tambahan atau supplemen mungkin boleh membantu. Boleh rujuk Set Menyusu Shaklee untuk maklumat lanjut.

Persiapan Ibu Bekerja Menyusu

Seperti yang telah disebut diatas, panduan dan cara untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka mungkin berbeza mengikut individu. Secara asasnya, persiapan fizikal perlulah seiring dengan persiapan dari segi mental.

Selain memastikan anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan diri sendiri, anda juga perlu mengingatkan diri bahawa bayi anda juga memerlukan nutrisi yang penting untuk tumbesarannya.Ibu-ibu perlu sentiasa menanamkan dalam fikiran bahawa anda melakukan kerja yang mulia dan ganjaran daripada setiap kesusahan sepanjang 2 tahun ini amatlah besar dan bermakna pada bayi anda. Paling penting, dapatkan kerjasama daripada pasangan anda.

Semoga  urusan dan perjalanan penyusuan secara ekslusif anda dimudahkan insyaAllah. Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *